PERIHAL TRINITI
Perihal Triniti
Disebut trinity (English) atau trinitas (
"...kita menyembah satu tuhan di dalam Triniti dan Triniti adalah satu... kerana hanya terdapat satu orang daripada Bapa, satu lagi daripada Anak, dan satu lagi daripada Roh Suci, semuanya adalah satu... Tiada tiga Tuhan, tetapi satu Tuhan... ketiga-tiga orang sama abadi dan setara antara satu sama lain.
(Petikan "Athanasian Creed”).
Kemudian doktrin ini diperkukuhkan pada Sidang
Dikatakan Jesus 100% Tuhan. Adakah Bapa 100% Jesus? Adakah Roh Kudus 100% Bapa? Adakah Roh Kudus 100% Jesus?
Jawapan: __________________
Gereja-gereja Unitari (pendokong fahaman bahawa Bapa sahaja yang mesti disembah sebagai Tuhan) telah ditindas selepas itu dengan pelbagai kezaliman. Apa sahaja dokumen Bible dan Gospel yang masih ada pada mereka dirampas dan dimusnahkan, dengan harapan agar fahaman Unitari pupus.
Namun usaha golongan Unitari untuk mentauhidkan Allah (iaitu Bapa) dan mengekalkan ajaran Jesus tak kurang hebat. Apabila Bible/ Al Kitab dan logik dijadikan kayu ukuran, sentiasa sahaja golongan Unitari berjaya mematahkan hujah-hujah golongan Trinitari. Oleh kerana gereja Trinitari dan pemerintah tidak mampu lagi untuk membuktikan fahaman mereka menggunakan Bible ataupun logik, mereka memperkenalkan “beriman secara buta” atau “beriman secara misteri”.
Antara hujahnya, Tuhan itu tidak boleh difikirkan kerana tak akan sampai pemikiran manusia untuk memahami triniti, maka percaya sajalah, jangan disoal-soal.
“Oleh yang demikian seseorang yang mahu diselamatkan mestilah mengimani triniti..."
(Petikan "Athanasian Creed").
Amaran Bible:
“Siapa yang ada telinga, hendaklah dia mendengar!"
(Matius 13: 43)
“Barangsiapa mempunyai telinga untuk mendengar, hendaklah ia mendengar!"
(Markus 4: 23)
“Kamu mempunyai mata, tidakkah kamu melihat dan kamu mempunyai telinga, tidakkah kamu mendengar? Tidakkah kamu ingat lagi.”
(Markus 8: 18)
Tidak boleh beriman secara buta sahaja, atau secara misteri sahaja. Kita mestilah mengambil tahu apa pandangan orang tentang agama kita, barulah kita tahu di mana betul salahnya. Tetapi kita sedia maklum:
“Sebab banyak yang dipanggil, tetapi sedikit saja yang terpilih."
(Matius 22: 14)
Bolehkah beriman secara “buta’ atau secara ‘misteri’ tanpa perlu difikir-fikir lagi? Jesus memberikan jawapannya:
"Kasihilah Tuhan kamu... DENGAN SELURUH AKAL"
(Markus 12:30)
“Memang mengasihi Dia (Tuhan) dengan segenap hati dan DENGAN SEGENAP PENGERTIAN dan dengan segenap kekuatan, dan juga mengasihi sesama manusia seperti diri sendiri adalah jauh lebih utama dari pada semua korban bakaran dan korban sembelihan."
(Markus 12: 33)
Tidak boleh beriman atas dasar kasih begitu sahaja, tetapi mesti juga menggunakan akal fikiran sepenuhnya. Barulah tahu yang mana betul yang mana salah.
Kita juga diajar:
"Allah adalah Allah yang suka akan ketertiban, bukan kekeliruan".
(Korintus 1 14:33)
Doktrin triniti ini amat mengelirukan, bukan golongan bawahan sahaja tetapi juga golongan atasan agama Kristian sedangkan Tuhan sudah berkata yang Dia tidak suka akan kekeliruan. Ini menunjukkan doktrin triniti ada masalah.
“Sebab tidak ada sesuatu yang tersembunyi yang tidak akan dinyatakan, dan tidak ada sesuatu yang rahsia yang tidak akan tersingkap.”
(Markus 4: 22)
Malangnya misteri, kebenaran dan logik triniti masih tidak dapat dihuraikan dan terus menjadi rahsia. Percaya saja, tak perlu difikir-fikir- kata mereka.
Dijawab pula oleh pendokong-pendokong Triniti, “Bukankah Tuhan itu Maha Hebat. Dia terlalu hebat hingga tidak mampu difikirkan dan dihuraikan oleh otak manusia. Kalau dia boleh difikir-fikirkan, maka itu bukan Tuhan namanya. Oleh sebab itu, percaya sajalah triniti dan anda akan selamat” Mereka berselindung di sebalik misteri dan keghaiban.
Memang benar, mustahil kita dapat memikirkan zat Tuhan tetapi kita boleh memikirkan apakah sifat-sifat yang layak dan sifat-sifat yang tak layak bagi Tuhan. Mustahil Tuhan diberanakkan. Mustahil Tuhan kalah bergusti dengan manusia. Mustahil Tuhan menyesal. Mustahil Tuhan tidak tahu apa akan terjadi pada masa depan. Mustahil Tuhan menunggang Kerub yang digambarkan sebagai anak-anak gadis tidak berpakaian. (* Semua penyataan ini ada dalam Bible. Dibahaskan dalam tajuk “Benarkah Ini Tuhan” di belakang nanti).
Juga agak menghairankan, mengapa mesti disebut secara berurutan ,”Dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus”? Kalau ketiga-tiganya sama setara, sebut yang mana dahulu pun tak ada masalah. Mengapa ragu-ragu untuk menyebutkan: ‘Dengan nama Roh Kudus, Jesus dan Bapa” atau “Dengan nama Jesus, Roh Kudus dan Bapa.”
Hairan lagi. Kalau ketiga-tiganya peribadi yang sama, mengapa tidak disebutkan seorang saja? Bukankah salah seorang daripada Bapa, Jesus dan Roh Kudus adalah 100% Tuhan, merangkumi ketiga-tiganya sekali? Sepatutnya cukuplah kalau disebutkan: “Dengan nama Roh Kudus” sahaja atau “Dengan nama Bapa” sahaja.
“Tak seorangpun dapat mengabdikan dirinya kepada dua tuan. Karena jika demikian, ia akan membenci yang seorang dan mengasihi yang lain, atau ia akan setia kepada yang seorang dan tidak mengindahkan yang lain.”
(Matius 6: 24)
Kalau benar ketiga-tiganya setara, kasih kita mestilah sama banyak kepada ketiga-tiganya. Mengapa Jesus yang lebih banyak disebut-sebut dan diagungkan sedangkan Roh Kudus sesekali sahaja? Mengapa Jesus yang dilebihkan?
Bible Telah Diubah
Dalam diam-diam, golongan Trinitari berusaha juga untuk menunjukkan yang fahaman triniti disokong oleh Bible, khususnya Perjanjian Baru. Berikut adalah ubahsuai yang mereka lakukan.
"Pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia dan jadikanlah mereka pengikutku. Baptiskanlah mereka dengan menyebut nama Bapa, Anak, dan Roh Suci."
(Matius 28: 19)
Ayat asalnya berbunyi:
“Baptistkanlah mereka dengan menyebut namaku.”
"Semua, kecuali sarjana-sarjana yang paling konservatif, bersetuju bahawa sekurang-kurangnya bahagian akhir perintah tersebut (iaitu Bapa, Anak dan Roh Suci) telah ditambah kemudian. Formula ini tidak dijumpai di mana-manapun dalam Perjanjian Baru, dan dengan merujuk kepada bukti yang ada kita dapati bahawa Gereja pada zaman awal tidak membaptiskan orang menggunakan perkataan-perkataan ini - pembaptisan dilakukan atas nama Jesus sahaja.”
("For Christ's Sake", Tom Harpur, m.s. 103)
“Telah dibahaskan bahawa ayat asal berbunyi "membaptiskan mereka atas namaku", yang kemudiannya ditokok supaya selari dengan dogma yang dipegang. Malahan, pandangan utama yang diutarakan oleh sarjana-sarjana Kristian yang kritikal dan Unitari pada abad ke sembilan belas telah menyatakan pendirian sarjana-sarjana utama sehingga tahun 1919, semasa ulasan Peake mula-mula diterbitkan: 'Pada zaman awal, Gereja tidak mengamalkan arahan sejagat ini, kalau pun mereka tahu mengenainya. Perintah pembaptisan atas tiga nama adalah penambahan terkemudian kepada doktrin'"
("For Christ's Sake", Tom Harpur, m.s. 103)
Ini disahkan di dalam "Peake's Commentary on the Bible" yang menjadi rujukan wajib pelajar-pelajar Bible:
"Misi ini diterangkan menggunakan bahasa gereja dan kebanyakan pengulas was-was sama ada formula Trinitari adalah asli dalam Gospel Matius ini, memandangkan ia tidak ditemui di tempat-tempat lain dalam Perjanjian Baru dan Perjanjian Baru menceritakan bahawa pembaptisan dilakukan atas nama Tuhan Jesus (contohnya Kisah Rasul-rasul 2:38, 8:16 dan lain-lain)."
Apa kata Peter/ Petrus, salah seorang hawari Jesus dalam Perjanjian Baru:
"Petrus menjawab, "Hendaklah setiap orang di kalangan saudara bertaubat daripada dosa, lalu DIBAPTIS DENGAN NAMA JESUS KRISTUS, supaya dosa saudara-saudara diampunkan..."
(Kisah Rasul-rasul 2:38)
Takkanlah Petrus yang berjawatan hawari Jesus sengaja membaptis dengan nama Jesus sahaja kalau benar Jesus mengajarnya membaptist dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus!
"Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman (Jesus juga dipanggil Firman) dan Roh Suci - ketiga-tiganya adalah satu"
(Yohanes 5:7)
Setelah zaman-berzaman umat Kristian mengimani ayat ini, tiba-tiba hampir semua versi terbaru Bible seperti The New Revised Standard Version, The New American Standard Bible, New English Bible, Philips Modern English Bible dan sebagainya membuang ayat ini. Kenapa? Kerana ayat-ayat ini adalah penambahan kemudian untuk menguatkan doktrin triniti. Akhirnya mereka sendiri membuang ayat ini.
"Teks mengenai saksi di syurga tidak terdapat di dalam mana-mana manuskrip Greek yang ditulis sebelum abad ke
(Benjamin Wilson dalam "Emphatic Diaglot")
"Teks mengenai tiga saksi di syurga di dalam Perjanjian Baru adalah tidak tulen."
("The Interpreter's Dictionary of the Bible", Vol. 4, m.s. 711, Abingdon Press)
"Yohanes 1 5:7 KJV berbunyi : 'Saksi-saksi di syurga ialah Bapa, Firman, dan Roh Suci - ketiga-tiganya merupakan satu', tetapi INI ADALAH SISIPAN yang tidak dapat dikesan sebelum penghujung abad keempat."
("The Interpreter's Dictionary of the Bible", Jilid. 4, m.s. 871, Abingdon Press)
"Di dalam Textus Receptus (di dalam KJV), 1 Yohanes 5:7, kelihatan seolah-olah Yohanes telah sampai kepada doktrin triniti dalam bentuk yang jelas (Bapa, Firman dan Roh Suci), tetapi teks ini jelas sekali adalah suatu sisipan kerana ia TIDAK TERKANDUNG DALAM MANUSKRIP GREEK YANG ASAL."
("The Eerdmans Bible Dictionary", disunting oleh A.C. Myers, m.s. 1020)
“Tiga saksi tersebut telah dimasukkan ke dalam Perjanjian bahasa Greek dengan cermat oleh Erasmus, melalui penipuan penyunting-penyunting Komplutensia; melalui penipuan atau kesilapan tipografi, melalui pemalsuan oleh Robert Stephens, dan salah faham oleh Theodore Beza."
(“Decline and Fall of the
Seorang sarjana Britain, iaitu Richard Porson, yang sezaman dengan Edward Gibbon mempertahankan penemuannya; beliau juga telah menerbitkan bukti kukuh yang tidak dapat dipertikaikan bahawa Yohanes 1 5:7 ditambah buat pertama kalinya ke dalam Bible oleh Gereja pada tahun 400 Masihi.
("Secrets of
"Sisipan TIGA SAKSI tidak dicetak di dalam RSV, dan ini adalah tindakan yang tepat. Ia memetik saksi di syurga Bapa, logos dan Roh Suci, tetapi tidak pernah digunakan oleh golongan Trinitari semasa kontroversi awal. Tiada manuskrip Greek yang sahih yang mengandungi ayat ini. Ia mula-mula muncul dalam teks Latin pada penghujung abad ke-14, kemudiannya di dalam Vulgate dan akhir sekali di dalam PB Erasmus."
(Peake's Commentary on the Bible)
. Malangnya, sehingga ke hari ini Bible yang dimiliki oleh kebanyakan penganut Kristian, iaitu Bible King James yang popular, tidak teragak-agak memasukkan ayat ini sebagai kata-kata Tuhan yang telah diilhamkan. Tiada sebarang nota kaki dibuat. Mereka mahu dunia percaya bahawa itu memang datang daripada Tuhan.
Melakukannya dalam keadaan orang tidak tahu, itu perkara biasa. Tapi melakukannya dalam keadaan orang ramai sudah tahu perkara sebenar, memang menghairankan.
"Triniti Tuhan ditakrifkan oleh Gereja sebagai kepercayaan bahawa Tuhan adalah tiga peribadi yang wujud dalam satu sifat. Kepercayaan ini hanya muncul pada abad keempat dan kelima selepas Masihi, dan oleh itu, bukanlah kepercayaan biblikal yang jelas dan formal."
("The Dictionary of the Bible", J.L. McKenzie, m.s. 899
Bible Sebagai Bukti
“Dan turunlah Roh Kudus dalam rupa burung merpati ke atasnya (Jesus). Dan terdengarlah suara dari langit: "Engkaulah anak-Ku yang Ku-kasihi, kepadamulah Aku berkenan."
(Lukas. 3:22)
Renung-renungkan. Roh Kudus sedang turun dari langit dan ketika itu Roh Kudus mengubah dirinya menjadi burung merpati. Jesus pula sedang berada di bumi manakala Bapa yang berada di syurga sedang berkata-kata. Anda melihat ketiga-tiga individu di atas sebagai tiga individu atau satu individu? Tiga badan atau satu badan? Tiga tempat atau satu tempat? Tiga peranan atau satu peranan?
Sekiranya Jesus sudah 100% Tuhan, mengapa dia perlu wahyu daripada Bapa di syurga? Mengapa mesti Roh Kudus menghantar wahyu? Sepatutnya tak payahlah dihantar-hantar lagi kerana wahyu itu datangnya daripada Jesus sendiri!
“Apabila seseorang mengucapkan sesuatu menentang Anak Manusia (iaitu Jesus), ia akan diampuni; tetapi jika ia menentang Roh Kudus, ia tidak akan diampuni, di dunia ini tidak, dan di dunia yang akan datangpun tidak.”
(Markus 12:36)
Sesiapa yang menentang Jesus, orang itu boleh diampunkan. Tetapi sesiapa yang menentang Roh Kudus, tidak akan diampuni.
“Aku (Tuhan) di dalam mereka (sahabat-sahabat Jesus) itu, dan engkau (Jesus) di dalam Aku, supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan.”
(Yahya 17:23)
Nampaknya Tuhan juga berada di dalam tubuh 12 orang ,sahabat-sahabat Jesus. Sekarang bukan lagi 3 dalam 1 tetapi sudah menjadi 15 dalam 1. Mengapa sahabat-sahabat Jesus juga tidak dianggap Tuhan?
“Supaya SEMUA MENJADI SATU, seperti Bapa di dalam aku dan aku di dalam Bapa dan supaya mereka (murid-murid Jesus) menjadi satu di dalam kita, biarlah dunia percaya yang Bapa telah mengutus aku.”
(Yohanes 17:21)
Ayat ini menunjukkan yang murid-murid Jesus pun bersatu dalam diri Tuhan, bukan Jesus sahaja. Mengapa murid-muridnya tidak dianggap Tuhan atau Anak Tuhan juga? Di sini Jesus juga mengakui Bapa (Tuhan) yang mengutusnya. Dia hanyalah utusan Tuhan.
“Atau mungkinkah kamu tidak tahu bahawa seseorang yang bersetubuh dengan pelacur, MENJADI SATU dengan pelacur itu? Di dalam Alkitab tertulis dengan jelas, "Kedua-duanya menjadi satu". Tetapi seseorang yang menyatukan diri dengan Tuhan, ROH ORANG ITU MENJADI SATU DENGAN ROH TUHAN.”
(Korintus 1 6:15-17)
Berdasarkan ayat ini, adakah “satu” itu bermaksud betul-betul bersatu sebagai satu peribadi? Pasti tidak.
“Inilah kehidupan yang kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau Tuhan Yang Esa (Satu), dan Jesus Kristus yang telah Engkau suruhkan itu.”
(Yahya 17:3)
Bukankah sepatutnya mengatakan: “…supaya mereka mengenal Aku (Jesus) Tuhan Yang Esa, iaitu Aku yang tidak boleh disuruh oleh sesiapa kerana Aku Tuhan.”
Sokongan The Last Testament- Al Quran:
"Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia, ..."
(Surah Al-Baqarah: 163)
Cubaan Dari Segi Logik
Masa ada tiga iaitu masa lalu, masa kini dan masa akan datang. Isi keluarga ada tiga iaitu bapa, ibu dan anak. Manusia ada tiga eleman iaitu pepejal, gas dan cecair. Udara ada tiga atom iaitu hidrogen, oksigen dan nitrogen. Air ada tiga unsur iaitu pepejal, cecair dan wap. Segitiga ada tiga sisi tetapi tetap satu segitiga.
Permainan ini kita ketepikan dengan mudah. Manusia ada dua mata, dua telinga, dua tangan, dua kaki dan lain-lain yang bersifat sepasang. Hari ada dua iaitu siang dan malam. Tempat pembalasan ada dua iaitu syurga ataupun neraka. Setiap tangan yang sihat ada
Mereka sesuaikan pula dengan kitab Bible. Jesus dimatikan 3 hari. “Kudus” disebut 3 kali (Yesaya 6:3). Tuhan ada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus. Nabi Ibrahim dikunjungi 3 malaikat (Kejadian bab 18) dan banyak lagi.
Jawapan kita, Jesus dimatikan 2 malam bukan tiga. Sahabat-sahabat Jesus 12 orang. “Pada mulanya Tuhan menciptakan langit dan bumi.” (Kejadian)- hanya dua iaitu langit dan bumi. Ketika disalib Jesus hanya menjerit “Tuhanku, Tuhanku” dua kali, Gospel-Gospel ada empat dan banyak lagi.
Ringkasnya, hujah-hujah logik seperti itu tidak akan membuktikan triniti.
Pembelaan-pembelaan lain ke atas pegangan Kristian insyaallah akan kita bincangkan dalam buku yang kedua nanti.
Kesimpulan
Tidak boleh beriman secara “buta” atau atas dasar “kasih” sahaja, tetapi mesti menggunakan kekuatan akal fikiran juga untuk menentukan baik buruknya, betul salahnya. Inilah pesan Bible dan juga Jesus.
Sebelum abad ke empat, umat Kristian yang menyembah Bapa sahaja sebagai Tuhan (iaitu para Unitarian) cukup banyak. Sehingga ke hari ini masih ada Kristian Unitari di mana-mana.
Dalam usaha untuk membuktikan triniti, ada pihak-pihak yang sanggup mengubah ayat-ayat Bible menjadikan kitab Bible tidak suci lagi.